Wednesday, 14 December 2011

Cinta Mati Asri


part 1
PENANGAN AURA SI 'DIA'

"Aduh,kenapa sampai begitu kuatnya  aura dia" rintih hati Asri Asyraf. Memandang ke atas,ke tepi,pusing sana,berguling sini.Tapi matanya masih tidak tenteram.Dengan hati yang perit mengenangkan nasib dirinya yang menunggu peluang kedua.

   Maizatul Fauzi, gadis yang telah menambat hati Asri dari zaman persekolahan lagi.Dahulu mereka bercinta di asrama,selepas tamat sekolah mereka bercinta jarak jauh.Tapi itu semua hanya berkekalan 3 bulan.Alasan yang diberikan hanya kerana Mai telah ada pasangan lain yang selalu ada disisinya dan Asri tidak mempunyai masa untuknya.

   Perhubungan bertambah retak apabila Asri telah berkasar dengan keluarga Mai terutama mama Mai.Asri memang seorang yang panas baran tetapi seorang yang penyayang.Mungkin tiada jodoh walaupun terlalu banyak perkara dan kenangan yang telah mereka lalui bersama.Dahulu disekolah mereka masing-masing atlet pasukan sekolah.Mereka berjaya sampai ke tahap negeri dan kebangsaan.

   Setiap hari pukul 6 selepas latihan,Asri selalu menunggu saat untuk pulang berjalan kaki bersama-sama Mai.Disaat tu mereka bergurau senda,berlari berkejaran seperti dua merpati berterbangan sambil ditiup angin.Apabila hari jumaat waktu pelepasan balik kekampung masing-masing,Asri tidak akan melepaskan peluang untuk menaiki bas bersama Mai dari Kuala Kangsar hingga ke Ipoh.

   Tapi mengapa sampai begitu Asri teringat terhadap bekas kekasih zaman sekolahnya.Mungkin selagi nama Mai tertulis diatas tangan kirinya.Selagi itu lah, perasaan Asri tidak akan pernah luput hingga ke hari ini.Waktu sudah menjelang subuh.Setiap hari Asri  pasti tidak cukup tidur kerana 'aura' gadis bernama Maizatul Fauzi.